Pesawat TUDM Terhempas, Seorang Maut

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas sebuah pesawat terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada pukul 5.18 petang Rabu.



Menurut TUDM tiga lagi anak kapal yang berada di dalam pesawat Beechcraft B200T itu mengalami cedera parah.

"Keluarga anak-anak kapal yang terlibat dalam kemalangan ini sedang dimaklumkan oleh pihak TUDM.

"TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," demikian menurut kenyataan pasukan itu.
Tags / Kata Kunci: TUDM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan