Lebih 150 Pusat Pengajian Sertai Pameran Pendidikan Star 2017

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 150 program dan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, disediakan untuk golongan pelajar di Pameran Pendidikan Star 2017, pada 7 dan 8 Januari depan.

Pameran yang diadakan di Dewan Pameran 1 hingga 5 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dibuka kepada khalayak ramai secara percuma.

Menerusi pameran itu, pelajar lepasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar dalam pengajian pra-universiti serta kaunselor dan wakil daripada kolej dan universiti.

Pihak berkenaan akan menerangkan tentang pelbagai pilihan kepada pelajar dan ibu bapa, seperti program  sijil, asas, diploma, lepasan ijazah serta kelayakan profesional.

Antara tarikan menarik pada pameran itu nanti termasuk penglibatan 10 universiti dari China buat julung kalinya.

Selain itu, terdapat ujian kerjaya oleh CAREERsense@HELP yang akan menunjukkan sesi demo, seperti seni kulinari, pemeriksaan kesihatan, dan rakaman video.

Tambahan pula, pelbagai siri pendidikan serta perbincangan kerjaya akan diadakan sepanjang tempoh pameran di Pentas Utama, Dewan 1.

Sesi penerangan tentang bidang kejuruteraan akan bermula 5.15 petang hingga 6.30 petang, pada 8 Januari.

Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Jabatan Alam Bina Bahan, Tunku Abdul Rahman Universiti College (TAR Universiti College), Dr Chew Khoon Hee akan membincangkan topik bertajuk "The World Without Engineers ... Three Main Reasons Why Should We Study Engineering", fokus terhadap subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

"Semasa sesi tersebut, saya ingin pelajar sedar akan kepentingan kejuruteraan, sains dan teknologi, merupakan aspek yang penting dalam  membina kehidupan dengan lebih baik," kata Dr Chew.

Program ini dianjurkan oleh Star Media Group, kerjsama Agensi Akreditasi Kewangan serta rakan kongsi Akreditasi.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-7967 1388 (sambungan 1233/1466)

Tags / Kata Kunci: Pameran Pendidikan Star 2017

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan