MH370: Malaysia, China, Australia Sedia Berbincang Tentukan Lokasi Pencarian

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan akan mengadakan mesyuarat tiga hala bersama kerajaan Australia dan China bagi menentukan hala tuju lokasi pencarian bangkai pesawat MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata mesyuarat itu dijangka menentukan langkah seterusnya yang akan diambil bagi mengenal pasti lokasi spesifik pesawat itu berada.

"Segala keputusan berhubung lokasi pencarian seterusnya pesawat MH370 akan ditentukan dalam mesyuarat itu nanti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) bahawa kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.

Menurutnya, pihaknya sehingga kini tidak dapat memberi sebarang komen berhubung laporan yang dikeluarkan oleh ATSB sehingga diadakan mesyuarat tiga hala tersebut.

Aziz bagaimanapun tidak memberikan maklumat mengenai tarikh dan tempat mesyuarat itu akan diadakan.

ATSB dalam Laporan Semakan Semula Utama pertamanya mengenai MH370, yang dikeluarkan semalam berkata para pakar mereka juga mengenal pasti satu kawasan kira-kira 25,000km persegi di utara kawasan pencarian sekarang sebagai kawasan paling berkemungkinan terletaknya bangkai pesawat itu.

Menurut laporan itu juga para pakar merumuskan bahawa sekiranya pencarian terus dilakukan di kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi, lokasi prospektif terletaknya bangkai pesawat berkenaan berasaskan semua analisis yang dibuat selama ini tidak memberi sebarang hasil.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan