MLLFS, NGO Sertai Misi Kemanusiaan Ke Aleppo

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 4:37 PM

Pengarah Line Clear Kampung Baru, Salim Madinah (dua, kanan) bersama barisan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) bercakap pada sidang media mengenai pengecaman secara terbuka kekejaman dan kezaliman rejim Bashar Al-Assad dan sekutunya terhadap pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Aleppo. Turut hadir Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz (lima, kanan), Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (empat, kanan) dan pelawak dan pelakon Lan Pet Pet (tiga, kanan). - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) akan menghantar misi kemanusiaan ke Aleppo, Syria bagi membantu mangsa kekejaman Rejim Bashar Al-Assad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Syahrir Azfar Saleh berkata misi itu akan membawa bantuan makanan, ubat-ubatan, produk nutrisi bayi dan pendidikan kepada mangsa terbabit yang kini mendapatkan perlindungan di Kem Pelarian di Idlit.

Katanya, misi yang dikenali sebagai Misi Musim Sejuk 4.0 itu disertai lima sukarelawan dan misi itu dijangkakan dapat dimulakan awal Januari depan, selama sebulan.

"Kami telah jalankan kutipan tabung khas untuk dapatkan bantuan yang sehingga kini berjaya kumpul RM200,000. Dana yang diperlukan adalah sekitar RM500,000.

"Dalam masa dua tiga minggu ini, saya yakin dapat capai sasaran kutipan daripada rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Syria yang kini berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang amat dahsyat," katanya pada sidang akhbar Soladariti Aleppo di sini Rabu.

Misi itu turut mendapat sokongan daripada 15 badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Nasi Kandar Line Clear Kg Baru, Pertubuhan Ilmu Malaysia, Global Peace Mission Malaysia dan Yayasan Ta'lim.

Sementara itu, Setiausaha ABIM Muhammad Faizal Abdul Aziz berkata sebarang bantuan dari seluruh rakyat negara ini amat dialu-alukan bagi menjayakan misi bantuan tersebut.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 5648-1051-3971 atau melayari laman web www.malaysia4syria.org untuk sebarang maklumat lanjut.

Pada majlis sama, Pengarah Nasi Kandar Line Clear Kg Baru menyampaikan replika cek berjumlah RM4,000 kepada MLLFS sebagai bantuan permulaan.

Wakil artis, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad turut hadir mewakili artis tanah air bagi menjayakan kutipan dana misi bantuan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Aleppo

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan