Gempa Kuat Landa Laut Banda

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 8.17 pagi Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 456 kilometer dari barat daya Ambon, Indonesia, dan 1,718 kilometer dari tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan