Bekalan Air Zon 1 Pulih 99 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 2:34 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 99 peratus kawasan di Zon 1 telah mendapat bekalan air setakat 9 pagi Rabu berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih 100 peratus manakala Petaling, 98 peratus.

Menurut kenyataan itu, kawasan di zon berkenaan yang masih belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara.

Sementara itu, katanya kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang Rabu.

Kenyataan itu menyebut pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER <jarak> nama dan alamat.

"Untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat, pengguna dinasihati untuk menggunakan air secara berhemat," kata kenyataan itu.

Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar 'mySyabas', facebook Air Selangor atau twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Syabas

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan