Rempuhan Berlin: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan trak di Berlin, Jerman pada Isnin malam, demikian menurut Kementerian Luar.

"Kedutaan Besar Malaysia di Berlin melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar Berlin berhubung kejadian tersebut.

"Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut," katanya menerusi kenyataan.

Dalam insiden tersebut, laporan menyebut bahawa seorang pemandu treler telah merempuh Pasar Krismas di Breitscheidplatz Square dan mengakibatkan 12 orang terkorban serta kira-kira 50 lagi cedera.

Suspek yang dipercayai pemandu lori tersebut, telah ditahan berhampiran tempat kejadian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan