Pusat Rawatan Air Kembali Beroperasi - Syabas

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerja-kerja penyelenggaraan oleh syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di stesen pencawang Bukit Badong siap sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor pada Selasa, pusat rawatan air Fasa 1, 2 dan 3 di Sungai Selangor kini beroperasi sepenuhnya susulan perkembangan daripada kerja-kerja penyelenggaraan itu.

Tambah Syabas, bekalan air akan kembali pulih di Zon Satu bermula pukul 4 petang Selasa.

Bagaimanapun kenyataan itu menjelaskan, lori tangki air akan dihantar ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ekoran tahap simpanan air yang rendah.

"Pengguna diminta menggunakan air secara jimat bagi mempercepatkan proses penyimpanan air di semuka kawasan terutamanya di lokasi sistem pengagihan dan kawasan tinggi," jelas Syabas.

Untuk maklumat terbaharu berhuhung gangguan bekalan air, pengguna boleh merujuk kepada aplikasi mySYABAS, syabas.com.my, laman Facebook atau Twitter Air Selangor.

Tags / Kata Kunci: Syabas , TNB , Bukit Badong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan