SMART Tawar Diskaun 10 Peratus Sempena Krismas

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu sempena perayaan Krismas yang disambut pada 25 Disember ini.

Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART Sharifah Alauyah Wan Othman dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun berkenaan dari pukul 6 pagi Ahad (25 Disember) hingga 6 pagi Isnin (26 Disember).

"Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanya RM2.70 berbanding kadar biasa iaitu RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

"Diskaun tol yang diberikan ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat SMART untuk memeriahkan sambutan Krismas tahun ini, seperti diskaun pada musim perayaan yang lain," katanya. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, atau di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau menghubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SMART , Krismas

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan