Indeks Jenayah Turun Namun Persepsi Positif Tidak Meningkat -Zahid

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun namun persepsi masyarakat terhadap kejayaan penurunan indeks itu tidak meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kadar jenayah telah berkurangan antara 4.2 peratus hingga 12.6 peratus dari 2011 hingga tahun lepas tetapi persepsi tidak meningkat kerana wujud prasangka terhadap pihak polis.

"Ada antara kita tidak mahu mengakui hakikat bahawa pihak polis telah menjalankan tugas dan pada waktu yang sama ada sesetengah media tidak mahu mengakui hakikat dan pencapaian ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Chia Song Cheng pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara pada Selasa.

Chia ingin tahu statistik kadar kes jenayah seluruh negara dan usaha kementerian mengubah persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejayaan penurunan ini hasil program penurunan kadar jenayah yang dilakukan Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai pendekatan termasuk soal pencegahan, pembanterasan dan pendakwaaan.

"PDRM sentiasa berusaha untuk mengurangkan peratusan indeks jenayah ini dan  komited untuk bekerjasama dengan seluruh agensi penguatkuasaan dalam menjayakannya," katanya.

Kepada soalan tambahan Senator Datuk Megat Zulkarnain Wan Omardin mengenai peranan media massa yang memaparkan berita negatif mengenai keselamatan negara, Ahmad Zahid berkata berita negatif yang ditimbulkan itu tidak mustahil disertai dengan niat yang tidak baik.

"Meskipun berbeza pendapat, sesuatu fakta itu hendaklah diakui kebenarannya.

Saya melihat situasi ini seperti mempolitikkan sesuatu yang ditolak sebagai fakta. Perkara sebegini perlu ditentukan oleh masyarakat sendiri untuk membuat penilaian yang objektif," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Zahid berkata pelbagai langkah diambil dalam menangani kes jenayah termasuk memodenkan usahapencegahan jenayah, menambah aset dan peralatan dengan meletakkan kamera litar tertutup yang berteknologi tinggi di kawasan berisiko selain kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

Tags / Kata Kunci: Indeks Jenayah , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan