Kabinet Setuju Teruskan Pindaan Undang-Undang Berkaitan TTP - Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas bersetuju untuk meneruskan pindaan undang-undang berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata persetujuan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meneruskan pindaan 18 undang-undang negara berkaitan TPP walaupun perjanjian itu diteruskan atau tidak.

Katanya, sebahagian undang-undang yang dipinda itu adalah undang-undang spesifik mengenai TPP sekiranya Malaysia menjadi ahli TPP dan sebahagiannya lagi merupakan undang-undang di mana kerajaan bersetuju untuk meminda dan ia tiada kaitan dengan TPP.

"Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan pindaan undang-undang berkaitan TPP seperti yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia mengenai undang-undang tidak membenarkan kanak-kanak bekerja," katanya pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengenai strategi Malaysia terhadap perancangan perjanjian TPP berikutan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Jelasnya, pindaan itu akan memastikan undang-undang negara dikemas kini berdasarkan perkara yang dipersetujui dalam rundingan.

Mustapa berkata undang-undang itu adalah hasil kajian semula domestik berterusan bertujuan mengukuhkan dan mengemas kini beberapa undang-undang bagi memudahkan perdagangan dan memenuhi obligasi antarabangsa.

Katanya, walaupun perjanjian itu tidak ditandatangani sekalipun, Malaysia akan meneruskan usaha untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara terlibat seperti Mexico dan Kanada.

Pada 19 November lepas, semua 12 pemimpin negara-negara TPP telah bertemu di Lima, Peru untuk melihat perkembangan terkini proses domestik mereka masing-masing ke arah ratifikasi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mustapa Mohamed , TTP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan