The Top @ Komtar Tarikan Terkini Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 9:55 AM

Nazri meninjau pemandangan Pulau Pinang dari jambatan kaca Rainbow Skywalk di tingkat 68 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) selepas majlis perasmian The Top pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Salah satu cara untuk menghilangkan rasa gayat adalah melawan perasaan takut itu sendiri.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berjaya membuktikannya apabila beliau melawat laluan gantung berlantai kaca tertinggi di dalam negara yang terletak di tingkat 68 bangunan Komtar.

"Saya takut pada ketinggian tetapi sekurang-kurangnya saya perlu mencubanya sekali, bukan?," kata Nazri yang memulakan langkahnya di atas laluan tersebut dengan penuh berhati-hati.

Walaupun pada mulanya agak kekok, Nazri mendapat sorakan semangat daripada rombongan pengiringnya.

Beliau akhirnya berjaya berjalan di sepanjang laluan tersebut, memegang rel dan berani memandang ke bawah.

Laluan gantung berlantai kaca yang dikenali sebagai Rainbow Skywalk berukuran 16 meter panjang dan berdiameter 5.5 meter, membolehkan pengunjung meninjau pemandangan sehingga ke Pulau Jerejak yang terletak pada jarak lebih 12 kilometer.

Ia dibina menggunakan teknologi sama seperti digunapakai Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat.

"Ironinya ialah kita semua pernah menulis Komtar dianggap sebagai sebuah bangunan lama yang dilupakan. Ia adalah luar biasa untuk melihat mercu tanda di negeri ini dilahirkan semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rainbow Skywalk itu.

Nazri merasmikan pembukaan The Top @ Komtar pada Ahad, mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

The Top dijangka menjadi satu tarikan baharu di negeri ini yang turut menyediakan Rainbow Skywalk di tingkat 68; menara tinjau, pusat kajian jurassic dan kubah teknologi Pulau Pinang.

Tags / Kata Kunci: Nazri Aziz , The Top , Komtar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan