PM Ucap Tahniah Kepada V Shem-Wee Kiong

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 10:41 AM

V Shem-Wee Kiong merangkul kejuaraan tersebut buat julung kalinya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kejayaan Goh V Shem-Tan Wee Kiong kerana menjuarai Siri Super Dunia Akhir 2016 di Dubai pada Ahad.

Beliau berkata, rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian pasangan bergu negara itu.

Beregu utama Malaysia itu telah menewaskan lawan dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-14, 21-19 untuk merangkul kejuaraan tersebut buat julung kalinya.

V Shem-Wee Kiong adalah juara Siri Dunia di Dubai.

"Rakyat Malaysia berbangga dengan anda. Tahniah dan syabas," kata perdana menteri menerusi akaun Twitternya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mencatat keputusan cemerlang pada kejohanan bertaraf Siri Super Premier apabila buat kali pertama muncul juara Terbuka Denmark pada Oktober.

Sejak digandingkan pada 2014, V Shem-Wee Kiong turut menjuarai Grand Prix Emas Terbuka India dan Terbuka Amerika Syarikat, awal tahun ini. - Bernama


Tags / Kata Kunci: Goh V Shem-Tan Wee Kiong , Siri Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan