Gangguan Bekalan Air: Hampir 3.9 Juta Pengguna Mula Terjejas

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 9:17 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang mula menghadapi gangguan bekalan air pada Isnin susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.

Ia sekali gus menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.

Gangguan air dijangka berlaku sehingga ambang sambutan Krismas, 24 Disember ini.

Di sebalik kegusaran pengguna dan ketika sambutan Krismas bakal menjelma, TNB semalam menjelaskan kerja penyelenggaraan itu tidak boleh ditangguhkan lebih lama lagi.

Menurut syarikat pembekal tenaga itu, situasi peralatan di PMU berkenaan semakin meruncing dan sebarang penangguhan akan memberi kesan kepada bekalan elektrik dalam tempoh yang lama.

Ia turut berkata, pemilihan tarikh henti tugas itu dibuat secara keputusan kolektif dalam mesyuarat yang diadakan bersama SPAN pada 31 Oktober lepas yang turut dihadiri wakil sektor air antaranya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) selain TNB.

Ia pada asalnya dijadualkan pada 27 September, kata TNB.

TNB turut menjelaskan henti tugas PMU Bukit Badong itu bagi membolehkan kerja senggaraan dan pemasangan sistem perlindungan arka dapat dibuat dengan selamat, dan demi memastikan kelangsungan bekalan air. - Bernama

Tags / Kata Kunci: TNB , gangguan bekalan air

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan