Kesepakatan BN Perlu Diambil Kira - MCA

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA menegaskan bahawa sebarang rang undang-undang kerajaan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat perlu mengambil kira semangat kesepakatan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, keputusan akhir terhadap usul tersebut hanya boleh dicapai selepas rundingan dan pertimbangan diadakan dalam kalangan parti komponen.

"Tiada istilah parti komponen Barisan (BN) perlu menyokong rang undang-undang kerajaan," kata beliau menerusi satu kenyataan yang merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Ka Chuan, kenyataan Ahmad Maslan seperti tidak tepat.

Terdahulu, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, semua parti komponen BN tidak boleh membantah usul pindaan Akta 1965 Mahkamah Syarikat apabila ia menjadi rang undang-undang kerajaan.

Bagaimanapun, Ka Chuan yang merupakan Menteri Kedua Industri dan Perdagangan Antarabangsa, menegaskan bahawa sebarang rang udang-undang sama ada Rang Undang-Undang Persendirian atau rang undang-undang kerajaan, tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut mengulangi bahawa bantahan MCA terhadap usul pindaan Akta 355 tidak pernah dibatalkan.


Tags / Kata Kunci: MCA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan