Malaysia Kutuk Serangan Berdarah Di Yaman

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 10:47 PM

ORANG ramai berkumpul di lokasi serangan berani mati di bandar Aden, selatan Yaman pada 18 Disember 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan pengebom bunuh diri di luar kem tentera daerah Khor Maksar, Aden, Yaman pada Ahad.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata serangan yang mengorbankan 52 orang dan mencederakan 84 yang lain itu adalah tindakan kejam dan berharap pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Yaman serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman akan terus memantau keadaan di Yaman dari semasa ke semasa.

Dalam insiden itu, seorang pengebom bunuh diri dilaporkan telah meletupkan dirinya di luar sebuah kem tentera, menyebabkan 52 anggota tentera terbunuh.

Menurut laporan itu, serangan berlaku ketika anggota tentera beratur untuk mengambil gaji. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Wisma Putra , Yaman

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan