Keputusan PT3 Diumum Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 3:06 PM

Pelajar cemerlang menunjukkan keputusan yang diperolehi mereka pada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan di seluruh negara pada Isnin.

Terdapat 432,514 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dan mereka mengambil keputusan di sekolah masing-masing.

Namun kali ini tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai prestasi peperiksaan itu seperti peratusan pelajar mendapat keputusan cemerlang, perbandingan di antara negeri, perbandingan di antara sekolah bandar dan luar bandar serta perbandingan di antara sekolah-sekolah 'terbaik' seperti lazimnya.

Ini memandangkan keputusan PT3 itu adalah sebahagian daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), keputusan PT3 adalah hasil Pentaksiran Pusat dan komponen lain ialah Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pentaksiran Sekolah melibatkan penilaian akademik oleh guru-guru sewaktu proses pembelajaran dalam kelas secara berterusan dari Tingkatan 1 hingga 3, dengan guru-guru perlu menghantar laporan prestasi itu kepada LPM setiap tahun.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti berpersatuan dan sukan pula dinilai dalam PAJSK iaitu mengenal pasti kemahiran kepemimpinan dan komunikasi mereka dalam organisasi.

PPsi pula dikendalikan oleh guru-guru kaunseling yang mana satu ujian khas diberi kepada pelajar-pelajar bertujuan mengenal pasti bakat dan kecenderungan mereka terhadap bidang diminati.

Kesemua komponen tersebut merupakan elemen penting kepada pihak sekolah untuk membantu pelajar-pelajar menentukan aliran Sains ataupun Sastera apabila melangkah ke Tingkatan 4, kata Ketua Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan Dr Rahimah Adam kepada Bernama semalam, semasa menjelaskan perkara itu.

Rahimah berkata PT3 hanya merupakan satu daripada elemen dalam PBS dan bukannya berfungsi untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Di akhir Tingkatan 3, murid akan menerima pelaporan Pentaksiran Sekolah, pelaporan Pentaksiran Psikometrik, pelaporan PAJSK dan pelaporan PT3," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PT3 , Lembaga Peperiksaan Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan