Jangan Panik, Ringgit Akan Pulih - Johari

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit, yang rendah seiring dengan mata wang pasaran pesat membangun lain berbanding dolar Amerika, mempunyai kekuatan untuk pulih, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

"Kita tidak perlu panik.

"Kita mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan (berterusan) melaksanakan dasar yang tepat untuk memudahkan pelabur," katanya semasa ditanya mengenai kejatuhan ringgit kepada 4.4805 berbanding dolar AS awal pagi Isnin.

Tambatan ringgit atau kawalan modal tidak perlu memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian strategik antara Amanah Raya Bhd dan Kenedix Inc, Jepun.

Beliau berkata dengan adanya semua faktor-faktor penting, ringgit akan kembali pulih.

Ringgit dan mata wang pesat membangun lain susut berbanding dolar AS berikutan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Rabu lepas.

Rizab Persekutuan AS juga memberi petunjuk yang akan ada lebih banyak kenaikan kadar pada 2017.

Johari berkata jumlah kenaikan kadar faedah oleh AS bergantung dasar Presiden baharu Donald Trump dan Malaysia perlu menunggu perkembangannya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ringgit , panik , dolar AS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan