PT3: Guru Rebah Di Sekolah Meninggal Dunia Di Hospital

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 8:14 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang guru wanita yang dipertanggungjawab membuat analisis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) SMK Matang Hilir tiba-tiba rebah dan pengsan di sekolahnya awal Isnin.

Beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH) di sini dan meninggal dunia petang ini beberapa jam selepas menerima rawatan.

Penolong Kanan SMK Matang Hilir Amat Saimin Timun mengesahkan kematian guru berkenaan Norlisa Jerry, 39, pada kira-kira jam 4 petang.

Norlisa yang belum berkahwin dan berasal dari Sibu mula mengajar di sekolah itu sejak tahun 2010.

Amat berkata beberapa orang guru SMK Matang Hilir turut berada di hospital ketika Norlisa menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Katanya, jenazah Norlisa telah dibawa pulang ke rumahnya di sini dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini esok pada jam 9 pagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PT3

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan