Malaysia Kemuka Cadangan Penting Kepada Myanmar Tangani Isu Rohingya

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 4:11 PM

Anifah Aman.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi Asean menubuhkan sebuah badan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka untuk menyiasat serta menentusahkan situasi di negeri Rakhine, Myanmar.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, ketika menggariskan cadangan itu untuk pertimbangan kerajaan Myanmar semasa Pemukiman Menteri-Menteri Luar Asean di Yangon pada Isnin, turut mencadangkan supaya Asean menyelaraskan bantuan kemanusiaan ke negeri Rakhine, seperti yang pernah dilakukan semasa tragedi taufan Nargis pada 2008.

"Saya percaya perkara paling mendesak sekarang adalah keadaan dari aspek kemanusiaan penduduk di kawasan terjejas.

"Seperti dalam kes lain, kami menggesa akses kemanusiaan tanpa halangan ke kawasan yang terjejas," kata Anifah dalam intervensi beliau pada pemukiman itu, dan menambah, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia kini bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar.

Anifah berkata pertubuhan kemanusiaan antarabangsa seperti Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) juga perlu diberi akses penuh ke kawasan terjejas dalam usaha menilai keadaan di sana dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

Mengenai cadangan penubuhan sebuah kumpulan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka, Anifah berkata cadangan itu bertujuan membantu Aseab merumuskan penyelesaian jangka panjang dan berkekalan kepada situasi di utara Rakhine itu.

"Kumpulan bebas ini kemudian akan mengemukakan syor kepada kami berhubung langkah seterusnya yang perlu diambil. Saya percaya dalam mengekalkan semangat Pemusatan Asean dan kesepaduan, kita perlu menangani isu ini secara bersama," katanya.

Mengambil maklum bahawa isu yang dihadapi Myanmar adalah sangat rumit dan sukar, kerajaan Malaysia sesungguhnya percaya bahawa Myanmar perlu mempertingkatkan usaha dalam menangani punca sebenar masalah itu, katanya.

Anifah berkata beliau percaya janji Aung San Suu Kyi untuk menangani punca sebenar yang memberi kesan kepada penduduk tempatan, iaitu kewarganegaraan dan status, dan menyediakan bantuan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal sejak 2012, akan memberi kesan jangka panjang dalam meredakan ketegangan dan menggalakan penyelesaian yang realistik serta berkekalan.

Beliau turut berharap kerajaan Myanmar akan mempertimbangkan pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh menteri-menteri luar Asean itu.

Malaysia, kata Anifah, akan terus menyuarakan kebimbangannya selain menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada Myanmar menerusi pelbagai platform, sama ada secara dua hala atau menerusi Asean, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan platform lain yang berkaitan.

"Kami harap ulasan dan cadangan kami akan diberi perhatian serius oleh kerajaan Myanmar.

"Kita semua bersaudara dalam Komuniti Asean, yang mana kita menyatakan komitmen untuk merealisasikan matlamat Asean ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan, pertumbuhan ekonomi yang mapan dan perkongsian kemakmuran serta kemajuan sosial," katanya.

Anifah berkata dalam usaha mententeramkan komuniti antarabangsa, kerajaan Myanmar boleh mengeluarkan pernyataan berhubung langkah seterusnya yang boleh diambil seperti yang dicadangkan negara anggota Asean.

Beliau berkata bagi melenyapkan dakwaan tentang 'pembersihan etnik' atau dalam sesetengah kes 'pembunuhan beramai-ramai', menjadi kewajipan kerajaan Myanmar untuk bersikap telus dan memberi maklumat yang tepat dan kena pada masanya di samping membenarkan akses ke kawasan yang terjejas.- BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Rohingya , Anifah Aman

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan