Kejadian Tembak Di Jordan: 20 Pelancong Malaysia Selamat

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 11:44 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sekumpulan 20 pelancong Malaysia yang berada di Karak Castle, lokasi kejadian tembak menembak antara pasukan keselamatan Jordan dan sekumpulan lelaki bersenjata di bandar Karak di negara berkenaan pada petang Ahad, disahkan selamat.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin berkata bagaimanapun, dua rakyat Malaysia daripada kumpulan itu yang tercedera telah menerima rawatan di hospital berdekatan dan dilaporkan selamat.

Kesemua 20 pelancong itu diselamatkan oleh pasukan keselamatan Jordan dan sedang diberi perlindungan serta bantuan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kenyataan itu menyebut bahawa kedutaan besar Malaysia di Amman telah berhubung dengan pihak berkuasa Jordan yang mengesahkan kesemua pelancong Malaysia berada dalam keadaan selamat.

"Kedutaan juga mengeluarkan peringatan kepada semua rakyat Malaysia terutama pelajar di Universiti Mu'tah berhampiran bandar Karak supaya mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan kedutaan Malaysia sendiri," menurut kenyataan itu.

Serangan ke atas Karak Castle di Bandar Karak yang terletak 132km ke selatan ibu kota Amman itu mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang iaitu seorang wanita Kanada, tiga orang awam dan lima anggota polis.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 29 orang dibawa ke hospital, ada antaranya yang cedera parah, berikutan insiden itu.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. - Bernama

Tags / Kata Kunci: tembak Jordan , pelancong Malaysia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan