SKMM Kaji Kaedah Tangani Ketagihan Internet

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2016 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kaedah untuk menangani masalah ketagihan Internet di peringkat awal.

Sebuah pusat pemulihan siber sedang dipertimbangkan untuk berurusan dengan isu berkaitan Internet, kata Pengarah Kanan Advokasi dan Jangkauan SKMM, Eneng Faridah Iskandar.

"Kertas cadangan ini sedang dikaji. Kami perlu membangunkan rangka kerja sebelum ia boleh dilaksanakan," katanya sambil menambah pusat seumpama itu mengkaji bagaimana impak teknologi kepada kesihatan mental dan fizikal manusia.

Menjadikan Singapura sebagai contoh di mana pusat pemulihan siber dikaji dengan baik dan diajar di sekolah, beliau berkata, Malaysia boleh berusaha untuk melaksanakan pendekatan yang serupa.

"Pusat itu perlu mengekalkan penyelidikannya sendiri dan menjadi pusat sumber kepada orang ramai. Mudah-mudahan ia boleh menjadi satu usaha kerjasama dengan kementerian yang teribat dalam penjagaan kesihatan dan pendidikan," katanya.

Pada 7 Oktober lalu, The Star melaporkan kekerapan penggunaan Internet boleh menyebabkan kemurungan, kebimbangan sosial, kesedihan, kebosanan dan kurang keyakinan diri.

Penyelidik turut menyatakan kebimbangan mengenai kadar peningkatan di kalangan remaja Malaysia dalam menggunakan Internet.

Timbalan Presiden, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata perasaan malu dan rasa kurang selesa dalam situasi sosial di kalangan kanak-kanak disebabkan kesan daripada ketagihan Internet.

"Mereka melihatnya sebagai wadah untuk difahami," katanya.

Salah seorang pesakitnya yang berusia 14 tahun mengalami masalah ketagihan kepada Internet yang serius.

Berpunca daripada masalah ketagihan dengan rangkaian sosial dan permainan video, pelajar itu akhirnya bertindak membunuh diri sebelum sempat mendapatkan rawatan.

Dr Andrew turut menegaskan ketagihan Internet semakin meningkat.

Beliau berkata kanak-kanak sepatutnya hidup selesa di dunia sebenar tetapi jika ibu bapa kerap melayari Internet, mereka sendiri menggalakkan kelakuan tidak sihat dalam diri anak-anak mereka.

Tags / Kata Kunci: SKMM , ketagihan Internet

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan