Polis Buru Pemandu Proton Waja Kes Kemalangan Di Plus

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2016 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis meminta pemandu atau pemilik Proton Waja WMT 1812 hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, bagi membantu siasatan melibatkan kemalangan tiga buah kereta di Lebuhraya Utara Selatan KM261.5 arah Selatan, pagi Ahad.

Ketua Polis daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata dalam kejadian pukul 6.15 pagi itu, seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan Perodua Alza, Toyota Rush dan Proton Waja.

"Dalam kemalangan tersebut, pemandu kereta Perodua Alza seorang lelaki berusia 24 tahun telah maut di tempat kejadian dan pemandu kereta Toyota Rush tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Manakala pemandu kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran WMT 1812 telah meninggalkan lokasi kejadian dan sehingga kini masih belum tampil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan media di sini.

Teoh meminta orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian ini, tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pengawai Penyiasat Inspektor Nur Zul Fadzliah di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-60333400.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan