Najib Rasmi Jambatan Batang Sadong

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2016 12:05 PM

Najib mendengar penerangan daripada Nancy Shukri (kanan) mengenai Jambatan Batang Sadong pada majlis perasmiannya pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SADONG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad merasmikan Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta yang dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.

Beliau berkata pembinaan jambatan itu berjaya disiapkan dua minggu lebih awal daripada perancangan di samping kosnya lebih rendah RM12 juta berbanding pengumuman awal.

Najib menegaskan projek itu adalah bukti komitmen kerajaan untuk membangunkan kawasan terutama luar bandar menerusi pembangunan rangkaian perhubungan jalan raya yang baik, selesa dan selamat.

"Ini semua rahmat bagi kita. Selain jaminan keselamatan, ia juga akan merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk kawasan ini, potensi hasil pertanian kawasan ini juga boleh dipertingkatkan," katanya semasa merasmikan jambatan itu.

Najib berkata beliau meluluskan pembinaan jambatan itu secara spontan semasa melakukan tinjauan mesra ke kawasan berkenaan pada 2011 selepas mendengar kesukaran penduduk setempat di samping kepentingan mewujudkan rangkaian jalan raya untuk penduduk pesisir pantai yang tidak 'disinggahi' Lebuhraya Pan Borneo.

Bagi melengkapkan jajaran jalan pesisir pantai, Najib berkata satu lagi jambatan dirancang untuk dibina merentasi Sungai Batang Lupar bernilai RM1 bilion yang pembinaannya dijangka dimulakan pada 2018.

Beliau berkata apabila siap jambatan sepanjang kira-kira 5km yang dilaksanakan secara perkongsian 50-50 antara kerajaan negeri dan persekutuan itu, ia dijangka berstatus jambatan terpanjang di Sarawak, yang ketika ini dipegang oleh jambatan Batang Sadong.

Katanya beberapa jambatan lagi yang sedang dirancang atau sudah diluluskan untuk menyediakan jajaran jalan pantai yang lebih lengkap dan selesa adalah jambatan Batang Samarahan (anggaran RM112 juta), Batang Igan (RM300 juta), dan jambatan Batang Rambungan (RM130 juta).

Najib berkata inilah janji kerajaan yang tidak pernah diabaikan, kerana bagi kerajaan apabila berjanji, janji ditepati.

Antara yang turut hadir di majlis pagi Ahad ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jambatan Batang Sadong

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan