TPM Minta KPN Beri Perincian 20 NGO Terima Dana Asing

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 2:53 PM

Ahmad Zahid menjalani pemeriksaan tekanan darah selepas merasmikan pelancaran Skim Subsidi dan Bantuan Rangkaian Saringan Kesihatan untuk Anggota Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan diminta memberi perincian mengenai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki menerima dana asing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

"Saya akan minta butirannya daripada IGP (Khalid) siapa 20 NGO yang sedang disiasat itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan untuk Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini Sabtu.

Ahmad Zahid diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang menyatakan kira-kira 20 daripada 50,000 NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah disiasat sejak November.

Menurut Nur Jazlan semua NGO itu disiasat kerana disyaki menerima dana yang diragui daripada individu serta organisasi luar negara.

Ini berikutan perkembangan siasatan terhadap pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dipengerusikan George Soros. - BERNAMA


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan