Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 Perlu Dikaji Semula

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 12:27 PM

Tan Yeoh Foong pada Khamis mengaku bersalah atas tuduhan menulis perkataan kurang sopan dengan tujuan membangkitkan kemarahan di atas kertas saman trafik yang diterimanya pada 14 Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara berpendapat hukuman yang diperuntukkan di dalam Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) perlu dikaji semula.

Merujuk kepada kes seorang ibu tunggal yang didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan itu di Johor Bahru pada Khamis, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, sudah tiba masanya kajian terhadap hukuman di bawah peruntukan tersebut dilaksanakan agar hukuman yang lebih sesuai dikenakan.

Mohamed Apandi berkata, hukuman yang dijatuhi terhadap wanita itu adalah hukuman maksimum yang dibenarkan di bawah peruntukan tersebut.

"Oleh yang demikian, rayuan ke atas hukuman tidak akan dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Tan Yeoh Foong, 53, mengaku bersalah atas tuduhan menulis perkataan kurang sopan dengan tujuan membangkitkan kemarahan di atas kertas saman trafik yang diterimanya pada 14 Disember.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias yang menjatuhi hukuman denda itu kepada Yeoh Foong dan jika gagal membayar denda dikenakan hukuman penjara sebulan, turut menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Yeoh Foong didakwa menulis perkataan 'babi' di atas kertas saman yang diterimanya, di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru kira-kira 8.55 malam pada Rabu. - Bernama


Tags / Kata Kunci: Peguam Negara , Akta 336

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan