Rainbow Skywalk Dibuka Esok

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 11:12 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bermula esok, pengunjung ke tingkat 65 bangunan Komtar di sini berpeluang menikmati keindahan pemandangan 360 darjah meliputi bandar raya ini dan Seberang Perai, Pulau Pinang.

Dikenali sebagai Rainbow Skywalk @ The Top, laluan gantung berlantai kaca berukuran 16 meter panjang dan berdiameter 5.5 meter itu membolehkan pengunjung meninjau pemandangan sehingga ke Pulau Jerejak yang terletak pada jarak lebih 12 kilometer.

"Lokasi Komtar amat strategik, ia seperti sebuah menara tinggi dan anda dapat melihat pemandangan di sekelilingnya," kata Ketua Pegawai Operasi Only World Group (OWG) , Datuk Jean Koh.

Beliau berkata, tingkat 65 bangunan tersebut terletak pada ketinggian 230 meter dari permukaan bumi dan dari ketinggian itu, pengunjung boleh melihat pemandangan sehingga jarak 150 kilometer.

Pengunjung juga boleh melihat pemandangan negeri Kedah dari ketinggian tersebut.

"Kami menjadikan tingkat 65 sebagai sebuah dek pemandangan. Apabila anda berjalan di jambatan tersebut, anda berpeluang melihat pemandangan di sekitar pulau dan kawasan sekelilingnya dari sudut yang unik," kata Koh.

Koh berkata, begitu banyak pemandangan panorama yang menanti untuk diterokai pengunjung, oleh itu OWG membina sudut kopi di atas dek tersebut.

Sebuah sentuhan yang menarik apabila setiap tingkap dilabelkan dengan panel maklumat mengenai mercu tanda seperti Jeti Pulau Pinang, Tokong Kek Lok Si dan Bukit Bendera.

Selain berpeluang menikmati pemandangan yang serba indah, kedai cenderahati dan sudut foto turut disediakan kepada pengunjung.

Selepas OWG memenangi pajakan 45 tahun pada lima tingkat di Komtar pada 2012, ia menjadi tanggungjawab mereka untuk membaik pulih semula bangunan yang menjadi mercu tanda Pulau Mutiara itu.

Ia bermula dengan membina tiga tingkat tambahan pada bangunan setinggi 65 tingkat itu. Dengan itu tingkat 68 merupakan aras bumbung baharu yang akan dibuka kepada pengunjung bermula Ahad.

Terdapat laluan gantung berlantai kaca yang dibina untuk dicuba pengunjung yang inginkan pengalaman menyeronokkan.

Untuk pergi ke tingkat 65 dan 68,  ia bermula dari tingkat 5 pada bangunan tersebut.

Tarikan lain yang terdapat di Komtar adalah galeri Raja Buah dan muzium Tongkat Ali King.

Tags / Kata Kunci: Komtra , Rainbow Skywalk

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan