Pengisytiharan Bagan Datoh Sebagai Daerah 9 Januari

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Bagan Datoh bakal mencatat sejarah apabila diisytiharkan secara rasmi sebagai daerah baharu di Perak bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Dewan Sekolah Menengah Sains di sini, 9 Januari depan.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta kira-kira 30,000 penduduk Bagan Datoh supaya dapat hadir ke majlis tersebut bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada Sultan Perak, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Jadi perbezaan keturunan, agama, bangsa atau fahaman politik perlu diketepikan demi kemajuan Bagan Datoh. Kita bersatu, hadir bagi memperlihatkan semangat kita selama ini menunggu pembangunan di Bagan Datoh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Timbalan Perdana Menteri Bersama Kepimpian Masyarakat Parlimen Bagan Datoh di Wisma Umno di sini, Sabtu.

Bagan Datoh secara rasmi diwartakan sebagai daerah pentadbiran yang ke-12 di Perak melalui satu warta kerajaan pada 15 Jun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di sini Julai lalu mengumumkan Bagan Datoh dinaik taraf sebagai daerah penuh hasil persetujuan bersama antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta penduduk mendengar taklimat daripada pegawai daerah mengenai pelan pembangunan di Bagan Datoh selepas majlis pengisytiharan tersebut selesai.

"Selepas tuanku berangkat pulang jangan balik tapi dengar taklimat daripada pegawai daerah dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengenai apa yang nak dibangunkan di Bagan Datoh secara terperinci," katanya.

Selain itu, beliau yakin bahawa daerah baharu Bagan Datoh akan maju seiring dengan kawasan yang diwakili perdana menteri di Pekan, Pahang dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tambahnya, pekan Bagan Datoh juga akan dikenali sebagai Bagan Datoh Water City tidak lama lagi hasil pembangunan pesat yang sedang dirancang di kawasan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Bagan Datoh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan