Kemenangan Noraini Bukti Kenyakinan Antarabangsa Kepada Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kemenangan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Anggota Parlimen Wanita Komanwel (CWP) bukan sahaja mencatat sejarah baharu tetapi merupakan satu lagi pengiktirafan buat Malaysia di arena antarabangsa.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata  beliau selaku Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen berbangga dengan kemenangan besar yang diperoleh Noraini yang membuktikan keyakinan negara luar terhadap kemampuan Malaysia dalam pelbagai hal.

"Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, saya berpandangan Persidangan Ahli Parlimen Komanwel ini memberikan pendedahan yang baik kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia dalam memartabatkan lagi institusi Parlimen," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Lapan orang Anggota Parlimen iaitu enam Anggota Dewan Rakyat dan dua Anggota Dewan Negara telah menyertai persidangan ke-62 yang berlangsung di London.

Persidangan kali ini turut disertai oleh Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri-Negeri serta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai tetamu khas CPA.

Tema yang dibawa dalam persidangan kali ini adalah Kerjasama Komanwel: Kesatuan, Kepelbagaian dan Cabaran Bersama.

Pelbagai isu telah dibincangkan dalam persidangan kali ini antaranya mengenai kebebasan beragama atau kepercayaan, membanteras keganasan terhadap wanita dan gadis, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), perubahan iklim, radikalisasi generasi muda.

Persidangan itu berlangsung mulai 11 hingga 17 Disember membabitkan semua negara komanwel.

Tags / Kata Kunci: Noraini Ahmad , CWP

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan