Kad Kredit, Debit Guna Tandatangan Dihentikan Secara Berperingkat

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 9:05 AM

Orang ramai beratur untuk menukar kad debit mereka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya tinggal 15 hari sahaja lagi untuk pemegang kad kredit dan kad debit menukar kepada yang baharu berasaskan PIN.

Berkuatkuasa 1 Januari depan, pemegang kad perlu memasukkan PIN apabila membuat bayaran menggunakan kad di terminal pusat jualan.

Mereka yang sudah menerima kad berasaskan PIN tetapi masih belum mengaktifkan kad tersebut mungkin berdepan masalah apabila transaksi dilakukan jika mereka masih menggunakan kad lama.

Mengambil kira kes di mana pemegang kad tidak ingat nombor PIN, mereka masih boleh menurunkan tandatangan semasa transaksi di terminal pusat jualan seluruh negara sehingga 1 Julai 2017.

Sistem tandatangan tidak lagi digunakan selepas tempoh enam bulan itu.

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) berkata, penggunaan kad berasaskan PIN lebih selamat, mudah dan cepat untuk membuat pembayaran berbanding menggunakan tandatangan.

"Pemegang kad kredit dan kad debit harus ingat PIN mereka dan memasukkan PIN enam angka di terminal pos peruncit," katanya.

Semasa taklimat media mengenai peralihan kad tersebut bulan lalu, Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Nyat Chuan berkata, transaksi PIN perlu berada di tahap selesa sebelum sistem tandatangan dihentikan.

Nyat Chuan berkata, bulan lepas bank pusat berhak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana bank yang tidak melakukan usaha mencukupi supaya pelanggan menukar kad mereka, tetapi ia akan mengkaji berdasarkan kes demi kes.

Sehingga akhir Oktober lalu, bilangan kad debit aktif yang telah ditukar masih lagi di bawah paras 50 peratus.

Data daripada ABM menunjukkan 6.1 juta daripada 7.5 juta kad kredit sudah ditukar dan industri itu sudah bersedia untuk menghantar semua kad kredit penggantian kepada pelanggan menjelang hujung bulan ini.

Daripada 6.1 juta, lebih 60 peratus kad sudah diaktifkan.

Untuk kad debit, hanya 8.4 juta daripada 17.8 juta kad debit aktif telah digantikan sehingga Oktober lalu.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai usaha tersebut boleh layari www.pinandpay.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi ABMConnect di nombor bebas tol 1-300-88-9980, atau log masuk ke eABMConnect di www.abm.org.my.


Tags / Kata Kunci: kad kredit , kad debit , PIN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan