Gangguan Bekalan Elektrik Di LRA Utama Selangor - Berita Semasa | mStar

Gangguan Bekalan Elektrik Di LRA Utama Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Loji rawatan air utama di Selangor dan ibu negara bakal mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di pencawang masuk utama (PMU) di Bukit Badong, Hulu Selangor pada Isnin ini (19 Disember).

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan pada Sabtu menjelaskan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan setiap tiga tahun itu adalah bagi mengelak sebarang gangguan bekalan elektrik di PMU tersebut pada masa hadapan.

"Selain itu, pemasangan sistem perlindungan arka akan dilaksanakan pada hari yang sama sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya sebarang kerosakan atau gangguan bekalan elektrik yang tidak terancang atau secara tiba-tiba.

"Kerja-kerja ini telah dirancang lebih awal oleh TNB dan tarikh ini  diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 31 Oktober lalu," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ia dijangka mengambil masa 16 jam dan terbahagi kepada dua skop kerja iaitu penyelenggaraan berjadual dan pemasangan perlindungan arka yang bertujuan untuk mengurangkan tahap kerosakan peralatan serta meminimumkan masa sistem 'downtime'.

Tags / Kata Kunci: TNB , Elektrik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan