Banjir Kilat Landa KL

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 8:25 PM

Situasi banjir di Bangsar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat pada petang Sabtu.

Paras air yang tinggi berhampiran stesen LRT di Jalan Bangsar menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap dan menghalang laluan trafik.

Selain itu pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Maharajalela (berhampiran Stesen Monorail), Jalan Kemuja di Bangsar dan Jalan Pudu (berhampiran Hospital Tung Shin) turut terjejas akibat banjir.

Ketua Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd Samsol Maarif Saibani berkata keadaan itu disebabkan hujan lebat yang berlaku kira-kira pukul 2.11 petang Sabtu.

Beliau berkata hujan lebat turut berlaku di Jalan Telawi, Jalan Maarof, Jalan Sg Besi, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abd Halim, Jalan Tun Sambathan, Bulatan Dato' Onn, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Maharajalela, Jalan Pantai Baru, bandar Tun Razak, Jalan Semantan, Jalan Budiman, Jalan Tun Razak serta beberapa kawasan di bandar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan