Proton Menang Dua Anugerah Di Anugerah Kereta Malaysia 2016 - Berita Semasa | mStar

Proton Menang Dua Anugerah Di Anugerah Kereta Malaysia 2016

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 2:25 PM

Proton Persona. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd memenangi dua anugerah pada Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 Institut Automotif Malaysia (MAI) (COTY 2016) bagi model Saga dan Persona.

Dua anugerah tersebut bagi kategori, Kereta Nilai Untuk Wang (Proton Saga) dan Model Paling Meningkat dari segi Kecekapan Bahan Api (Proton Persona), diumumkan pada majlis makan malam gala Malaysia COTY 2016 malam Khamis.

"Menerusi kaji selidik pasaran yang dikendalikan, kami membuat penambahbaikan bagi kereta kami agar kami dapat memenuhi keperluan umum segmen pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Saga generasi ketiga yang ditambah baik itu berharga antara RM36,800 hingga RM45,800 manakala Persona antara RM46,800 hingga RM59,800.

Ahmad Fuaad berkata pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi usaha syarikat itu untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.
Tags / Kata Kunci: Proton Holdings Bhd , COTY 2016
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan