PBB Harus Bertindak Tegas Tangani Keganasan Di Aleppo - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 4:08 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan drastik bagi menangani keganasan di Aleppo, Syria dan memastikan rakyatnya diberi keutamaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata masyarakat dunia juga perlu mengutuk kemusnahan di bandar itu yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, ketika beliau mempengerusikan perbahasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), beberapa resolusi mengenai Syria telah dikeluarkan dan beliau berharap ia tidak hanya tinggal sebagai resolusi.

"Apa yang berlaku di Aleppo di luar perikemanusiaan dan kita tidak mahu resolusi dijadikan sebagai sandaran untuk menghalalkan tindakan agresif yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar.

"Jika berlaku pertelagahan, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat dan kita dapat lihat bangunan-bangunan dan kemudahan yang ranap walaupun ada pihak mengatakan itu adalah kejayaan menghapuskan pemberontak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen, di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid dalam ucapannya pada Majlis Keselamatan PBB pada September lepas memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa selepas lima tahun yang berpanjangan, kini adalah masa untuk menyelesaikan sama sekali konflik di Syria.

Sejak 2011, beliau berkata, konflik itu telah menular dengan mencetuskan krisis kemanusiaan secara besar-besaran yang menyebabkan semua pihak berusaha keras untuk menanganinya.

Tags / Kata Kunci: UNSC , PBB , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan