Episod Hujan Lebat Tidak Berlaku Pada 17 Hingga 22 Disember

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Musim monsun yang melibatkan hujan lebat berterusan dijangka tidak akan berlaku dalam tempoh 17 hingga 22 Disember ini walaupun negara berada dalam Monsun Timur Laut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata bagaimanapun dalam tempoh tersebut hujan sebelah pagi dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan Timur Sabah.

Pada sebelah petang dan awal malamnya, hujan dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di pedalaman negeri-negeri pantai timur dan pantai barat di Semenanjung, bahagian barat dan tengah Sarawak serta bahagian barat dan pedalaman Sabah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca semasa negara menerusi laman sesawang MetMalaysia di www.met.gov.my, aplikasi mudah alih myCuaca, Facebook:malaysiamet, Twitter @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1-300-22-1638.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan