Bekas KP Muzium Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Muzium, Datuk Shahrum Yub meninggal dunia di kediamannya di Bukit Bandaraya di sini pada Jumaat kerana sakit tua.

Jabatan Muzium dalam satu kenyataan berkata Shahrum, 82, yang memegang jawatan Ketua Pengarah Muzium selama 23 tahun dari 1968 hingga 1991, meninggal dunia pada 1.30 tengah hari.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar.

Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Mohd Azmi Mohd Yusoff ketika dihubungi Bernama menyifatkan pemergian Allahyarham Shahrum sebagai kehilangan besar buat negara.

"Allahyarham seorang yang peramah dan berdedikasi serta mudah mesra dengan pekerja-pekerjanya.

"Kami anggap Allahyarham sebagai ikon muzium selain banyak pameran besar pernah diadakannya," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Maureen Shakesby serta tiga orang anak dan lima orang cucu.

Tags / Kata Kunci: Muzium , Shahrum Yub

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan