20 NGO Disiasat Terima Dana Asing

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kira-kira 20 daripada 50,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jumlah NGO yang disiasat berhubung perkara itu mungkin bertambah pada masa hadapan memandangkan polis tidak merancang untuk menghentikan skop penyiasatan sehingga kini.

"Siasatan perlu dilakukan untuk memastikan NGO-NGO ini tidak menjadi muka depan kepada pihak tertentu yang berniat menggugat demokrasi negara, kerana banyak negara di Barat dan juga mungkin di Asia telah digulingkan melalui cara NGO digunakan oleh pihak luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pencarian Ikon Muslimah Johor 2016 di sini, Jumaat.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana yang diterima daripada Open Society Foundation (OSF).

Menurut laporan berita, OSF yang dipengerusikan George Soros itu, bukan sahaja menyalurkan dana kepada Bersih tetapi dipercayai turut membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya dan disyaki bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Nur Jazlan berkata biarpun perkara mengenai wang atau dana asing yang masuk ke dalam negara adalah di bawah tanggungjawab Bank Negara, namun polis perlu memastikan bahawa dana itu tidak digunakan bagi tujuan menggugat kestabilan dan demokrasi negara.

Malah, semalam, tambahnya, beliau menghadiri satu forum bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan di Kuala Lumpur bagi membincangkan cara-cara terbaik untuk mengawal selia dana yang diterima daripada pihak tempatan dan antarabangsa.

Berhubung dakwaan kononnya terdapat NGO ditindas oleh polis dalam soal melakukan penyiasatan itu, Nur Jazlan berkata isu itu tidak timbul sama sekali.

"Kalau ada penindasan, kita siasat semua mereka tetapi ini kita hanya siasat NGO yang menerima dana tersebut dan menggunakannya untuk aktiviti selain daripada yang termaktub dalam perlembagaan mereka," katanya 

Berhubung gesaan supaya kerajaan menutup pusat-pusat pemulihan dadah berikutan kadar penahanan penagih berulang masih tinggi, beliau berkata desakan itu tidak adil.

Ini memandangkan kebanyakan penagih yang dirawat di situ merupakan mereka yang mempunyai tahap ketagihan yang tinggi berbanding penagih yang mendapatkan rawatan di pusat-pusat sukarela.

"Apabila ketagihan berbeza, bermakna kaedah untuk merawatnya juga berlainan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dana Asing

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan