TNB Nafi Gangguan Bekalan Elektrik 18 Disember Ini - Berita Semasa | mStar

TNB Nafi Gangguan Bekalan Elektrik 18 Disember Ini

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menolak muatnaik di media sosial mendakwa gangguan bekalan elaktrik akan berlaku pada Ahad, 18 Disember ini.

Pengurus Besar Kanan(Hal Ehwal Komunikasi Korporat) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin menggesa pengguna untuk berhenti berkongsi maklumat berhubung perkara itu yang boleh mengelirukan pelbagai pihak.

"Pengguna dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang boleh mengelirukan ramai itu.

"Untuk sebarang maklumat berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan TNB, pengguna dinasihatkan melayari laman web (https://www.tnb.com.my/residential/power-alert/)," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Pengguna juga boleh menghubungi pegawai perkhidmatan pelanggan menerusi laman Facebook TNB Careline atau talian 1300885454, tambah Mohd Aminuddin.

Maklumat palsu yang dimuatnaik itu telah mula dikongsi di Facebook sejak beberapa hari lalu mendakwa akan berlaku gangguan bekalan elektrik di seluruh negara antara pukul 10 pagi hingga 5 petang pada 18 Disember ini.

Tags / Kata Kunci: TNB
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan