Makluman Temuduga Terbuka Tersebar Di Media Sosial Palsu - PDRM - Berita Semasa | mStar

Makluman Temuduga Terbuka Tersebar Di Media Sosial Palsu - PDRM

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Makluman kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais temuduga terbuka bagi 2016/2017 di semua formasi polis seluruh negara seperti yang tersebar di laman sosial, adalah palsu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata pihaknya mengesan sebaran mesej itu di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp tetapi Unit Pengambilan Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti itu.

"Sebarang pengumuman mengenai pengambilan bagi mana-mana jawatan PDRM hanya akan dilakukan melalui portal rasmi PDRM di www.rmp.gov.my dan Facebook rasmi PDRM serta kenyataan media rasmi," katanya dalam kenyataan, di sini, Khamis.

Asmawati berkata warganegara yang berminat untuk memohon jawatan dalam PDRM boleh membuat permohonan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di laman www.spa.gov.my. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: temuduga terbuka , PDRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan