Lebih 1.5 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Dalam CCRIS

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) sehingga 10 November lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata nilai keseluruhan pinjaman berjumlah RM32.07 bilion.

Menurutnya, CCRIS bukan satu mekanisme bagi PTPTN untuk menyenaraihitamkan peminjam tegar yang enggan membayar pinjaman seperti tanggapan sesetengah pihak.

"Namun rekod bayaran balik pinjaman dalam CCRIS adalah amalan terbaik semua institusi kewangan bagi memastikan peminjam membuat bayaran balik secara teratur," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai insentif diskaun yang ditawarkan dalam Bajet 2017 dan jumlah terkini pinjaman yang diberikan PTPTN.

Yap berkata PTPTN telah memberi pinjaman kepada 2.6 juta peminjam sehingga mereka tamat belajar melibatkan peruntukan berjumlah RM59.67 bilion sehingga November lepas.

"Bagi tempoh sama juga, PTPTN menerima bayaran balik sejumlah RM10.07 bilion daripada 1.2 juta peminjam berbanding RM18.84 bilion yang sepatutnya dikutip daripada 1.9 juta peminjam," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PTPTN , CCRIS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan