LHDN Cadang Senarai Pengelak Cukai Dalam Data Rujukan Kredit

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 12:45 PM

Sabin Samitah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencadangkan supaya pihak yang gagal membayar cukai atau dengan sengaja melambatkan pembayaran cukai supaya disenaraikan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata, perkara itu sedang dibincangkan dengan Bank Negara.

"Setakat ini kami hanya menghalang mereka (pengelak cukai) daripada meninggalkan negara ini.

"Kami sedang meningkatkan proses penyenaraian itu kerana tidak mahu bertindak sewenang-wenangnya menyenaraikan mana-mana pengelak cukai di bawah CCRIS.

"Sebaik sahaja nama-nama itu berada dalam senarai, mereka akan berhadapan masalah menjalankan perniagaan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.

Sabin menambah bahawa mereka yang disenaraikan dalam CCRIS akan terikat dengan syarat-syarat seperti tidak dapat membuat pinjaman bank.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan