Jemaah Kandas: Jamil Khir Ingatkan Penganjur Penuhi Syarat Arab Saudi

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 8:20 PM

Jamil Khir Baharom.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Agensi penganjur pakej umrah perlu memberi tumpuan kepada syarat yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi termasuk berkaitan soal pendaratan bagi mengelakkan insiden jemaah terkandas berulang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengulas insiden jemaah umrah terkandas ekoran kegagalan mendapatkan kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah, beliau berkata: "Apatah lagi bagi lapangan terbang yang sibuk seperti di Jeddah, soal mendapat kebenaran mendarat ini wajib.

"Kira-kira 200 jemaah yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah pada Isnin lepas terkandas selepas penerbangan mereka ditangguhkan berikutan permit kebenaran mendarat belum diperoleh syarikat penerbangan sewa khas untuk membawa rombongan berkenaan.

Mengenai nasib 200 jemaah umrah yang terkandas itu, Jamil Khir berkata kerajaan akan cuba membantu bagi mendapatkan permit kebenaran mendarat penerbangan mereka.

Jamil Khir berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis perasmian Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini Khamis.

Sehingga Rabu, dilaporkan kesemua jemaah yang ketika ini ditempatkan di sebuah hotel di Nilai, Negeri Sembilan masih lagi tidak mendapat sebarang maklumat mengenai status penerbangan mereka. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jemaah kandas , Jamil Khir Baharom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan