Sokong Peranan Malaysia Bangunkan Asia Yang Lebih Bersatu - PM

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 6:04 PM

Najib berucap merasmikan"Economic Times-Asian Business Leaders Conclave" pada Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masanya sudah tiba untuk pemimpin perniagaan dan politik bersatu bagi menyokong peranan Malaysia dalam usaha membangunkan Asia yang lebih bersatu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, negara mempunyai prospeks masa depan yang baik, termasuk unjuran pertumbuhan sehingga lima peratus, penduduk muda, berpendidikan tinggi serta kaya dengan sumber.

"Malaysia mengekalkan kadar pertumbuhan ketika kedudukan ekonomi dunia yang mencabar, malahan dicemburui Eropah dan Barat.

"Sama ada pelabur mahu Malaysia menjadi pasaran sasaran mereka, atau membuka pasaran di sini bagi meraih manfaat negara kita sebagai gerbang serantau, syarikat dan individu akan mendapati begitu banyak peluang sebaik tiba di ini," katanya dalam ucapan pada Pertemuan Pemimpin Perniagaan di sini Rabu.

Perdana Menteri berkata, Malaysia merupakan negara yang stabil dari segi politik, sistem perundangan yang baik dan insentif menarik untuk pelabur.

"Asas ekonomi kita kukuh. Kita mencatatkan pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga tahun ini, kadar pengangguran dan inflasi rendah serta pendapatan negara kasar hampir sekali ganda sejak 2010," katanya.

Najib berkata, wujud sejarah yang mendalam dalam hubungan kedua-dua negara.

"India merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia di Asia Selatan sejak 1998," katanya.

Beliau berkata sejak 2003, dagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat lebih empat kali ganda kepada RM47 bilion tahun lepas.

"Sejak beberapa tahun lepas, ia (hubungan India-Malaysia) dipertingkat menerusi perjanjian usaha sama strategik Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (Miceca)," katanya.

Najib berkata, Malaysia dan India kini mempunyai saluran luas yang meliputi perdagangan barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pergerakan manusia antara kedua-dua negara.

"Ia adalah hasil manfaat yang dibawa oleh Perjanjian Perdagangan Barangan  Asean-India, yang memudahkan lagi hubungan perdagangan dua hala, perkhidmatan, pelaburan dan ekonomi secara umum," katanya.

Najib berkata, tahun lepas, India merupakan rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia, destinasi eksport ketujuh terbesar dan sumber import ke-12 terbesar.

Beliau berkata, Malaysia juga merupakan rakan dagang ke-14 terbesar India, destinasi eksport ke-19 terbesar dan sumber import ke-15 terbesar.

Menurut Najib, pelaburan dari India mewujudkan ribuan pekerjaan di Malaysia dan banyak syarikat utama Malaysia termasuk Khazanah Nasional Bhd, Petronas dan Malaysia Airport Holdings Bhd, aktif di India.

Pertemuan sulung selama dua hari itu yang bertemakan Menuju Ke Arah Asia Tanpa Sempadan, merupakan platform untuk para pemimpin utama Asia serta birokrat berkumpul dan memudahkan perbincangan mengenai Asia sebagai hab perniagaan serta peranan pemimpin perniagaan yang semakin meningkat. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Asia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan