Rebat Tarif Elektrik Semenanjung, Sabah Dan Labuan Kekal

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun, tahun depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata kerajaan juga bersetuju melepaskan penjimatan mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) sebanyak RM766.33 juta menerusi  rebat tarif elektrik 1.52 sen/kWj di Semenanjung kepada semua pengguna kecuali yang menggunakan elektrik bulanan di bawah 300kW/j.

Bagi Sabah dan Labuan pula, rebat sebanyak 1.20 sen/kWj turut dinikmati pengguna kategori sama.

"Menerusi (langkah) pengekalan rebat oleh kerajaan, para pengguna tidak akan membayar bil elektrik lebih tinggi sekiranya jumlah penggunaan adalah sama," katanya dalam satu kenyataan.

Ongkili berkata sehingga kini, jumlah keseluruhan rebat bil elektrik dinikmati pengguna adalah RM4,099.05 juta di Semenanjung dan RM126.26 juta di Sabah yang diberikan mulai 1 Mac 2015 sehingga 30 Jun 2017.

Bagi pelarasan tarif elektrik di Semenanjung, rebat 1.52sen/kWj yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM766.33 juta, diperoleh menerusi semakan tarif di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.

"Antara faktor pemberian rebat ini adalah penurunan harga gas asli cecair (LNG) di pasaran dunia serta peningkatan kecekapan loji-loji janakuasa arang batu," katanya.

Jelas beliau, sejajar usaha kerajaan mengurangkan subsidi bahan api, semakan tarif turut mengambil kira semakan semula harga gas berpaip di Semenanjung yang dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu daripada RM19.70/MMBtu kepada RM21.20/MMBtu, berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2017.

"Kenaikan harga gas berpaip itu (bagaimanapun) tidak memberi kesan secara langsung kepada pengguna kerana ditampung menerusi penurunan harga LNG di pasaran dunia dan pengurangan isi padu LNG bagi penjanaan elektrik, katanya.

Mengulas pelarasan tarif elektrik di Sabah dan Labuan, Ongkili berkata rebat 1.20sen/kWj yang dikekalkan itu ditampung oleh pemberian subsidi bahan api pertengahan (MFO) dan diesel serta subsidi sokongan tarif elektrik oleh kerajaan Persekutuan berjumlah RM468 juta.

"Rebat tarif elektrik diberi kepada semua kategori pengguna Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Semenanjung dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah, kecuali pengguna domestik unit elektrik 300kWj dan ke bawah, sebulan yang tidak terlibat dengan sebarang kenaikan tarif elektrik sejak 1 Januari 2014," katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: rebat elektrik , TNB

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan