PM Lancar MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Fasa 1 Esok

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 7:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang Fasa Satu membabitkan laluan antara Sungai Buloh dan Semantan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

Pelancaran itu bakal mencipta sejarah sistem pengangkutan awam di Lembah Klang apabila laluan sepanjang 23 kilometer itu dibuka.

Laluan itu mempunyai 12 stesen iaitu Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Majlis pelancaran itu dijangka bermula pada pukul 3 petang di stesen Kwasa Damansara, dengan pengoperasian perkhidmatannya akan bermula pada pukul 6 pagi pada hari berikutnya iaitu Jumaat ini.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT Datuk Najmuddin Abdullah, fasa kedua dari Semantan ke Kajang yang melibatkan 19 stesen dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2017.

Katanya dengan siapnya fasa kedua, ia bakal memanfaatkan kira-kira 1.2 juta penduduk di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak 112 bas pengantara akan beroperasi di kesemua 12 stesen laluan 1 fasa pertama perkhidmatan MRT itu dengan kekerapannya 10 hingga 15 minit, dengan hanya mengenakan tambang sebanyak RM1 sehala.

Kemudahan parkir kenderaan juga disediakan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MRT Fasa 1 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan