MRT Bakal Ubah Gaya Hidup Rakyat - PM

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 8:32 AM

-fotoTHESTAR/ArtChen

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Mass Rapid Transit (MRT) akan mengubah gaya hidup rakyat negara ini ke arah lebih moden dengan pengangkutan awam menjadi norma dalam kehidupan seharian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, MRT bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi sesuatu yang dirangka dengan memikirkan pengguna iaitu rakyat sebagai kriteria paling utama.

"Projek MRT Laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang) ini juga bukan satu-satunya projek sedemikian rupa.

"Banyak lagi projek yang telah dan sedang kita rencanakan untuk rakyat dalam masa terdekat dan untuk jangka panjang," katanya dalam catatan di laman blognya NajibRazak.com.

Najib dijadual merasmikan Fasa 1 MRT SBK meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan pada Khamis.

Beliau berkata projek yang memanfaatkan semua rakyat sebeginilah yang menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

"Kita ingin Malaysia maju seiring dengan rakyatnya, bukan mendepani atau meninggalkan rakyat di belakang," katanya.

Beliau berkata projek MRT berkenaan akan menjadi pemula, penggerak dan pemacu kepada mod pengangkutan awam pilihan serta bakal membawa Malaysia yang serba moden dan terus maju ke hadapan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan