Taman Negara Similajau Lepas 49 Anak Penyu Agar Ke Laut

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Taman Negara Similajau (SNP) dekat sini telah melepaskan 49 anak penyu agar (Chelonia mydas) ke laut setakat bulan ini.

Menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), 45 anak penyu dilepaskan semalam manakala empat lagi dilepaskan pada 5 Disember.

Penyu itu ditetaskan daripada dua sangkar telur berjumlah 134 biji dari lubang yang digali di pantai itu dan kemudiannya dipindahkan ke pusat penetasan penyu.

Pusat penetasan itu adalah di bawah projek Beacon (Biodiversiti, Alam Sekitar dan Pemuliharaan) yang merupakan kerjasama pemuliharaan antara SFC dan Petronas MLNG.

"SNP merekodkan enam sarang penyu agar di pantainya pada tahun ini yang menghasilkan sebanyak 490 telur dan kesemuanya dipindahkan ke pusat penetasan penyu," katanya.SFC menyifatkan kembalinya penyu itu ke pantai berkenaan selepas selang lebih lima tahun sebagai kejayaan kepada projek Beacon.

Kali terakhir penyu didapati membuat sarang di pantai itu adalah pada Julai 2010.

Dalam kenyataan pada 2015, SFC berkata 525 biji telur penyu yang dikumpul menghasilkan 277 ekor anak penyu yang kemudiannya dilepaskan semula ke laut.

Menerusi projek Beacon, sebanyak 1,500 unit tukun bebola ditanam di pantai SNP sejak 2013.

"Tukun bebola itu berperanan sebagai pelindung dan penghalang pasif kepada aktiviti pukat tunda yang memudaratkan penyu.

"Kewujudan tukun bebola di perairan berhampiran taman ini telah banyak mengurangkan aktiviti pukat tunda di kawasan pantai, sekali gus memberi perlindungan dan menggalakkan penyu supaya kembali semula ke pantai ini," kata SFC.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: penyu , Taman Negara Similajau

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan