Sultan Nazrin Terkenal Dengan Lontaran Idea Bernas, Membina

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 2:12 PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melafaz Surat Pengisytiharan Memegang Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sememangnya terkenal sebagai seorang sultan yang sentiasa melontarkan idea-idea bernas selain teguran membina.

Diputerakan pada 27 November 1956, baginda yang merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tuanku Siti Bainun Mohd Ali, berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Sultan Nazrin, 60, turut memegang pelbagai jawatan antaranya Canselor Universiti Malaya dan Universiti Sultan Azlan Shah selain merupakan Felo Kehormat Kolej Worcester, Oxford University.

Baginda turut dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Oxford University serta Felo Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Terbilang.

Sultan Nazrin juga ialah Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) selain anggota Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumbangan baginda sebagai anggota panel tersebut pernah mendapat sanjungan termasuk daripada Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev pada Sidang Peringkat Tinggi mengenai langkah menangani pergerakan besar-besaran pelarian dan migran, yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung PBB (UNGA) September lepas.

Sultan Nazrin diisytiharkan sebagai Sultan Perak pada Mei 2014 dalam majlis penuh adat istiadat berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah.

Baginda dikurniakan seorang putera, Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzaffar Shah, 8, dan seorang puteri, Raja Nazira Safya, 5, hasil perkahwinan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007.

Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan mulai April 1989-April 1994, Sultan Nazrin yang ketika itu merupakan Raja Muda Perak telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak.

Antara teguran membina baginda termasuk menitahkan syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu untuk lebih mendaulatkan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan