Sultan Muhammad V Tiba Bagi Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 11:15 AM

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15, Selasa.
 Keberangkatan tiba baginda disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (lima, kiri).
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pagi Selasa, bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketibaan baginda pada 10.16 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas.

Baginda diiringi melalui pasukan Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja, terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat, yang diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor.

Baginda kemudian berangkat ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi penuh istiadat.

Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan