Rasuah: Aset Hampir RM190 Juta Disita

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 7:35 PM

Razali Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan membekukan aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, aset RM157,314,532 disita sepanjang tahun ini manakala RM9,331,769 tahun lepas dan RM19,316,518 pada 2014.

"Penyitaan harta ini dibuat bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)," katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau berkata lima kes rasuah didakwa di bawah AMLA tahun ini, lapan kes pada tahun lepas dan satu kes pada 2014.

Razali berkata dari Januari hingga November tahun ini, SPRM membuka 95 kertas siasatan kes rasuah melibatkan penjawat awam, swasta dan orang perseorangan membabitkan projek pembangunan kerajaan.

Beliau berkata SPRM komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, sebagaimana tertakluk di bawah perundangan sedia ada. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , Razali Ibrahim , rasuah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan